**7T Kewajipan Majikan (Founder/Owner) Kepada Staff**
.
Dulu abam takut sgt nak hire orang. Mesti la takut, nak bayar gaji, nak bagi motivasi, nak jaga mcm adik sendiri, nak work as a team. Memang pening kepala. Belum mula lagi dah takut!
.
Tapi bisnes kena berkembang juga. Abam dah tak boleh handle 3-4 project sekali gus. Rasa lemas dan sesak sangat. So, terpaksalah masuk office dan hire staff.
.
Masa awal-awal hire staff, memang jem. Tapi pelan2 abam belajar mcm mana nak 'belai' staff dgn baik. Tak kisahlah, millenials ke baby boomers ke, ok je sebenarnya. Yg penting kena ada 'ilmu'.
.
Sini abam nak kongsikan 7T yg wajib owner berikan kepada staff.
---
1T - TERMS. Tetapkan terms utk kerja dan segala macam term. Contoh; Kalau lambat datang office apa jadi, kalau cepat mcm mana pula. Zalim kalau owner buat suka hati je tanpa ada terms. Hari ni kata lain, esok lain plak. Tanpa terms, staff akan kelam kabut dan hilang arah.
--
2T - TARGET. Tetapkan target yg nak achieve. Team kena ada target, Individuals pon kena ada target. Guna formula SMART. Specific, Measurable, Achievable, Realistic dan Time Based. Tanpa target, staff pon tak tahu nak pergi ke mana. Bayang kita buka je Waze tu tanpa bagi direction. Dia pon tak tahu nak pergi mana.
--
3T - TIME. Time based. Setiap team perlu ditetapkan masa, begitu juga dgn individu. Contoh: Bila project akan siap. Bila kena masuk office. Berapa sales kena dapat setiap bulan. Berapa lama masa lunch dan sebagainya. Disebabkan masa ni 'percuma', jadi ramai orang suka bazirkan masa. Kalau kita tak mahu staff bazirkan masa, so tetapkan timeline. Terlajak takpe, janji dah set dan boleh kaji semula kenapa lambat.
--
4T - TASK Things to do atau Task. Tetapkan task yg patut pada staff. Letakkan KPI, outcome yg kita mahukan daripada staff dan measure effort yg telan dilakukan. Kerana Outcome ini adalah milik Tuhan, tapi Usaha kita boleh ukur. Kawal things to do dgn baik (usaha), kerana Allah pandang pada usaha.
--
5T - TRAINING & DEVELOPMENT. Bak kata Henry Ford "Lebih baik latin pekerja kemudian dia keluar, dari tidak latih tapi berada di dalam syarikat". Tanpa training, Majikan sebenarnya berlaku zalim kepada staff. Mereka tidak tahu apa yg mereka tidak tahu. Oleh itu, wajib beri training kepada staff. Bisnes tidak gagal, yg gagal owner business.
--
6T - TOOLS. Sebagai majikan kita harus memberikan tools yg sesuai. So kalau dia buat website design, kena make sure software cukup, computer cukup laju. Tanpa tools yg lengkap, terkontang-kanting staff nak siapkan kerja.
--
7T - TRUST. Majikan wajib trust staff, HANYA selepas dah berikan 6T di atas. Percaya yg staff tidak akan kelentong dan akan melakukan kerja dgn baik.
Sebenarnya ada 2 lagi T, tapi Abam simpan dulu ya. ;)
Sharelah dgn kawan-kawan business. Lagi power, share dgn boss anda.
#yourwebsitematters #riseofdigitalprenuer